Last week kami sekeluarga berkesempatan untuk pergi berjalan-jalan ke Negara Wales. Tapi tumpuan lawatan hanayalah di utara Wales...nak cover satu Wales tak logik..besar sangat.
Kami menyewa kereta Vauxhall Zafira dan Alhamdulillah kami dapat kereta baru..cuma suspens sepanjang 3 hari sewa takut hilang, calar dll. Next time, better beli keta murah2 dan pi jalan, at least peace of mind walau pun beli keta lama.
Kami mulakan perjalanan jam 8.45 pagi. Ni selepas maknya menyiapkan masakan dari jam 5 pagi hehehe...Nasi lemak lauk daging kicap, ayam bakar..ke ayam golek....ayam gorenag haziq (sebab haziq selalu makan banyak) dan lain2.
Gumbira sebelum memulakan perjalanan yang dijangka mengambil masa 2-3 jam untuk sampai.
Ini lah keluarga dari Malaysia yang baru tiba di Flint Castle yang dibina pada tahun 1200 (dah lebih 800 tahun...dah reput pun hehehe). Dibina atas arahan King Edward kerana waktu tu ada pertelingkahan tentang sempadan.
Susah jugak nak cari castle ni sebab takde alamat lengkap. Sampai bandar Flint apa lagi tanya lah pada orang yg serba tau pasal tempat tu...nak tahu sape......POSMEN la hahahaha. Walau pun dah 800 tahun tak pernah ada surat yg dihantar ke situ, tapi postmen tu tetap juga ingat tempat ni.